Ahad, November 25, 2012

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.



Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Jumaat, November 16, 2012

PEMBACA YANG BUDIMAN

Blog ini akan mengadakan sessi bicara undang undang dan soal jawab undang undang Keluarga Islam. Sebarang persoalan berkaitan hendaklah ditujukan kepada Unit Penerbitan dan akan dijawab  oleh panel yang dipilih. Sebarang persoalan diajukan hendaklah tidak menyentuh mana mana prosiding mahkamah atau kes kes yang sedang dijalankan di mana mana mahkamah. Sebarang persoalan hendaklah dikemukakan di email upjksnk@gmail.com. Terima kasih

MESYUARAT KETUA UNIT PENERBITAN JKSNK 10 NOV 2012








Rabu, November 07, 2012

KURSUS KEMANTAPAN ISO PEMBANTU SYARIAH LS 17 DAN PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PENDAFTAR JKSNK


Kursus Pemantapan ISO dan perjumpaan Pembantu Syariah LS 17 bersama Ketua Pendaftar diadakan pada 1hb November 2012 bertempat di Amanpura Hotel Sungai Petani Kedah. Perjumpaan diadakan bertujuan untuk membincangkan permasalahn yang timbul.Alhamdulillah, kursus dan perjumpaan dijalankan dengan lancar..Kursus ISO dismapaikan oleh Tuan Syeikh Shahmi b Awang manakala perjumpaan di sebelah petang bersama Tuan syeikh Abdul Ghani bin Othman..Mudah mudahan segala persoalan telah terjawab..Terima kasih kepada Puan Norlida bt Zakaria,Pegawai Penyelidik MTS kedah selaku urusetia kursus dan Puan Shahida bt Salleh atas usaha menjayakan program tersebut..







Isnin, Oktober 01, 2012

Mesyuarat Unit Penerbitan JKSNK kali ke 2

Latar Belakang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman

Pada mulanya,Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman terletak di bahagian belakang masjid negeri iaitu Masjid Zahir. Pada bulan Jun 2009, jabatan ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Bandar Mua'dzam Shah. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSNK) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 3 (1)(2)(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1996. Sejak ditubuhkan hingga 31 Disember 1996 Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JAIK). Mulai 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan dan telah diasingkan daripada pengurusan JAIK dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman diketuai oleh seorang Ketua Hakim Syarie. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini semasa ditadbirkan bersama JAIK adalah sebanyak 23 jawatan. Perbendaharaan Malaysia selanjutnya meluluskan tambahan perjawatan sebanyak 29 jawatan mengikut waran perjawatan bilangan 2/96 yang berkuatkuasa 1 Oktober 1995 kemudian ditambah lagi sebanyak 20 jawatan mengikut waran perjawatan bilangan 18 tahun 2000 berkuatkuasa 1 Mei 2000. Pada 13 Jun 2003 sebanyak 49 jawatan tambahan telah diluluskan menurut waran perjawatan bilangan 7 tahun 2003 berkuatkuasa 1 November 2002. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam pengurusan kes Mal, Jenayah dan Faraid.

selamat datang

Blog ini ditubuhkan dan diuruskan oleh Unit Penerbitan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Blog ini bertujuan memaparkan aktiviti harian,kursus, panduan mengenmai undang undang keluarga Islam dan aktiviti yang berkaitan dengan JKSNK..InsyaAllah blog ini akan beroperasi dalam masa yang terdekat.. diharap kewujudan blog ini dapat membantu para pembaca serta mewujudkan satu sistem tranformasi maklumat yang pantas dan cepat kepada pegawai,kakitangan serta pelanggan JKSNK..